AIR TERJUN SG. PANDAN, KUANTAN
Air terjun Sungai Pandan merupakan air terjun semulajadi yang terletak di Sungai Pandan, Kuantan
dan terletak 23 km dari bandar Kuantan ke Kuala Lumpur. Terdiri daripada beberapa tingkat air terjun yang sesuai bagi semua golongan dewasa dan terdapat kolam takungan untuk kanak-kanak.
AIR TERJUN PELANGI, SG. LEMBING
Air terjun pelangi merupakan satu keajaiban semula jadi yang mengagumkan di Hutan Simpan Bukit Tapir.
INTERESTING PLACES IN PAHANG
tempat-tempat yang menarik di pahang. HAVE FUN :)
Selasa, 8 November 2016
Jumaat, 4 November 2016
BUKIT GAMBANG RESORT CITY
Bukit Gambang Resort City merupakan sebuah bandar resort bersepadu seluas 727 ekar hutan sekunder. Strategik di Gambang, Pahang, ia adalah pintu masuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan ibu negeri pahang- Kuantan. Bukit Gambang Resort City juga terletak di antara tempat tarikan semula jadi dan budaya yang ramai dicari pelancong dalam dan luar negara. Dengan melalui Lebuhraya Pantai Timur, Bukit Gambang Resort City hanya 218 km dari Kuala Lumpur dan 35 km sebelum ke bandar pantai iaitu Kuantan. Dengan melalui pengangkutan udara, penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah adalah kira-kira 40 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 90 minit daripada Lapangan Terbang Antarbangsa Pulau Pinang dan 65 minit daripada Lpangan Terbang Changi, Singapura. Bukit Gambang Resort City hanya 35 minit memandu daripada lapangan terbang.
![]() |
BUKIT GAMBANG SAFARI PARK |
Selasa, 1 November 2016
PANTAI DI PAHANG
PANTAI TELUK CEMPEDAK
Pantai ini menjadi tarikan pelacong kerana berpasir putih dan halus. Selain itu juga, pantai ini juga terdapat banyak gerai dan restoran makanan terletak di tepi pantai.
PANTAI CHERATING
Pantai Cherating sangat terkenal kerana mempunyai pantai yang cantik dan kemudahan yang menarik. di Cherating juga terdapat Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu.
Pantai ini menjadi tarikan pelacong kerana berpasir putih dan halus. Selain itu juga, pantai ini juga terdapat banyak gerai dan restoran makanan terletak di tepi pantai.
PANTAI CHERATING
Pantai Cherating sangat terkenal kerana mempunyai pantai yang cantik dan kemudahan yang menarik. di Cherating juga terdapat Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu.
PULAU TIOMAN
Pulau Tioman terletak di perairan Rompin, Pahang yang bersempadan antara negeri Johor. Pulau ini berkeluasan 468 kilometer persegi dan sangat terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Bnetuk Pulau Tioman adalah seperti paha ayam,
BUKIT FRASER, RAUB
GENTING HIGHLANDS
Genting Highlands merupakan tempat untuk berhibur. Genting Highlands ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Idea untuk membuat resort di atas bukit datang daripada udara segar di Cameron Highlands oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 1964. Tan Sri Lim kemudian bekerja di sebuah projek pembangunan hidro-elektrik di sebuah resort terkenal yang terletak di kawasan bukit yang melindungi sebahagian besar penjajah Inggeris yang mencari perlindungan sejuk dari panas tropika. Pada masa itu beliau terfikir alangkah baik sekiranya semua rakyat Malaysia dapat bercuti di kawasan peranginan tanah tinggi. Hotel pertama yang dibangunkan di Genting Highlands ialah pada tahun 1971 iaitu Highlands Hotel (kini merupakan Theme Park Hotel). Kini Genting Highlands telah mempunyai lima hotel yang terkenal iaitu Genting Hotel, Highlands Hotel, Resort Hotel, Theme Park Hotel dan First World Hotel.
Genting Highlands merupakan tempat yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Genting Highlands juga terkenal dengan Taman Tema. Di sini juga terdapat permainan ‘indoor’ dan ‘outdoor’ yang disediakan untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Selain itu juga terdapat banyak tempat hiburan seperti Konsert, persembahan, pawagam, karaoke dan sebagainya
Kuil Chin Swee Caves terletak di tempat paling indah di Genting Highlands. Di dalam kuil tersebut terdapat sebuah patung hitam Pendeta Master Chin Swee yang sedang duduk. Patung tersebut dikenali sebagai dewa di Wilayah Fujian yang berkemampuan untuk memanggil hujan dan mengusir roh jahat. Kuil tersebut telah menarik perhatian ramai pelancong tempatan dan luar negara seperti dari Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand dan China.Kuil Chin Swee Caves terletak di plot 28 ekar tanah hutan berbatu yang disumbangkan oleh pengasas Genting Group iaitu mendiang Tan Sri Dato’ Seri Lim Goh Tong. Kuil ini terletak pada 4.600 meter di atas permukaan laut dan perjalanan ke kuil memerlukan sekitar 5-10 minit dari puncak gunung.Genting Highlands terletak 51 km di Timur Laut dari ibu kota Kuala Lumpur. Perjalanan hanya mengambil masa 45 minit untuk ke Genting dari Kuala Lumpur
Langgan:
Catatan (Atom)