![]() |
BUKIT GAMBANG SAFARI PARK |
Jumaat, 4 November 2016
BUKIT GAMBANG RESORT CITY
Bukit Gambang Resort City merupakan sebuah bandar resort bersepadu seluas 727 ekar hutan sekunder. Strategik di Gambang, Pahang, ia adalah pintu masuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan ibu negeri pahang- Kuantan. Bukit Gambang Resort City juga terletak di antara tempat tarikan semula jadi dan budaya yang ramai dicari pelancong dalam dan luar negara. Dengan melalui Lebuhraya Pantai Timur, Bukit Gambang Resort City hanya 218 km dari Kuala Lumpur dan 35 km sebelum ke bandar pantai iaitu Kuantan. Dengan melalui pengangkutan udara, penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah adalah kira-kira 40 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 90 minit daripada Lapangan Terbang Antarbangsa Pulau Pinang dan 65 minit daripada Lpangan Terbang Changi, Singapura. Bukit Gambang Resort City hanya 35 minit memandu daripada lapangan terbang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan