Selasa, 1 November 2016

GENTING HIGHLANDS

Genting Highlands merupakan tempat untuk berhibur. Genting Highlands ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Idea untuk membuat resort di atas bukit datang daripada udara segar di Cameron Highlands oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 1964. Tan Sri Lim kemudian bekerja di sebuah projek pembangunan hidro-elektrik di sebuah resort terkenal yang terletak di kawasan bukit yang melindungi sebahagian besar penjajah Inggeris yang mencari perlindungan sejuk dari panas tropika. Pada masa itu beliau terfikir alangkah baik sekiranya semua rakyat Malaysia dapat bercuti di kawasan peranginan tanah tinggi. Hotel pertama yang dibangunkan di Genting Highlands ialah pada tahun  1971 iaitu Highlands Hotel (kini merupakan Theme Park Hotel). Kini Genting Highlands telah mempunyai lima hotel yang terkenal iaitu Genting Hotel, Highlands Hotel, Resort Hotel, Theme Park Hotel dan First World Hotel.


Genting Highlands merupakan tempat yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Genting Highlands juga terkenal dengan Taman Tema. Di sini juga terdapat permainan ‘indoor’ dan ‘outdoor’ yang disediakan untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Selain itu juga terdapat banyak tempat hiburan seperti Konsert, persembahan, pawagam, karaoke dan sebagainya


Kuil Chin Swee Caves terletak di tempat paling indah di Genting Highlands. Di dalam kuil tersebut terdapat sebuah patung hitam Pendeta Master Chin Swee yang sedang duduk. Patung tersebut dikenali sebagai dewa di Wilayah Fujian yang berkemampuan untuk memanggil hujan dan mengusir roh jahat. Kuil tersebut telah menarik perhatian ramai pelancong tempatan dan luar negara seperti dari Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand dan China.Kuil Chin Swee Caves terletak di plot 28 ekar tanah hutan berbatu yang disumbangkan oleh pengasas Genting Group iaitu mendiang Tan Sri Dato’ Seri Lim Goh Tong. Kuil ini terletak pada 4.600 meter di atas permukaan laut dan perjalanan ke kuil memerlukan sekitar 5-10 minit dari puncak gunung.Genting Highlands terletak 51 km di Timur Laut dari ibu kota Kuala Lumpur. Perjalanan hanya mengambil masa 45 minit untuk ke Genting dari Kuala Lumpur


Tiada ulasan:

Catat Ulasan